Saya ingin berkongsi Doa ini moga suami isteri yg belum mendapat zuriat @ ingin menambah zuriat dapat mengamalkanya. Insyallah dengan mengamalkannya mudah2an rezeki kita akan bertambah. AMIN
Doa susah mendapat anak.
Disini ada 2 keping doa yang harus diamalkan setiap hari. Yang sudah ada anak tetapi ingin mendapatkan zuriat lagi juga boleh mengamalkan juga. Mudah2an Allah SWT mendengar doa kita. Mari kita amalkan doa2 dari himpunan Ustaz Harun Din..
- Baca surah Al Fatihah
- Doa mohon zuriat seperti bawah ini
Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89) "Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38) Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?(An-Anbiya:30)
- Baca doa ini sebanyak tujuh kali
Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Allah yang urusannya apabila DIA menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah. maka akan jadilah". Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau.
Nota
Setiap apa yang kita terima rezeki dari Allah SWT hendaklah kita bersyukur dengan pemberian-Nya. Dan tetap bersyukur dengan-Nya walaupun masih lagi tiada rezeki untuk menerima zuriat. Itu semua dugaan dan ujian. Semuanya ada kebaikannya. Yang sudah ada anak sendiri lebih mencabar ujiannya. Didiklah anak2 dengan ilmu agama dan tegurlah mereka dengan berhemah jika membuat kesilapan. Biar mereka menangis sekarang daripada mereka menangis kemudian.
P.S. terima kasih pada tuan punya blog yang telah menyebarkan doa ini. izinkan saya menyebarkan doa ini pula pada rakan2 yang lain. sekali lagi terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan